KONSERT KASIH KEKASIH INTEAM 25 TAHUN

Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun merupakan buah tangan Kumpulan Nasyid Popular Malaysia buat peminat sempena ulangtahun ke 25 Tahun Kumpulan Inteam berada dalam industri Muzik Malaysia. Konsert dengan tema Cinta Ilahi, Sayang Nabi dan Kasih Insani ini akan diadakan di Idea Live Arena Petaling Jaya yang merupakan Dewan Konsert bertaraf Antarabangsa yang menjanjikan pengalaman muzik yang berkualiti tinggi serta lagu-lagu indah seperti Kasih Kekasih, Nur Kasih, Setanggi Syurga, TanpaMu serta banyak lagi yang pastinya menggamit memori dan nostalgia zaman kegemilangan nasyid di Malaysia.